Contoh Kesimpulan Assignment Perniagaan Dobi


RINGKASAN EKSEKUTIF

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari CIMB bagi projek naiktaraf perniagaan pakaian saya iaitu Fancy Apparel yang menempatkan kedai pakaian di The Store Sungai Buloh.

Berbekalkan pengetahuan melalui kursus jahitan dan perniaagaan pakaian yang telah saya usahakan selama lima tahun di kedaiFancy Apparel di The Store Sungai Buloh, saya bercadang untuk mendirikan kilang menjahit di  Kuang, Selangor serta suntikan modal bagi saya untuk memenuhi pasaran dari negara China dan Indonesia. Selain mempunyai kedai, saya juga baru berjinak-jinak dengan perniagaan pakaian secara online dan saya memerlukan suntikan modal bagi memenuhi permintaan yang agak tinggi dari negara Indonesia dan China. Saya bercadang untuk memohon suntikan modal sebanyak RM500,000.

Kos projek tersebut termasuklah pembelian peralatan kilang dan premis kedai, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan. Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan CIMB sebanyak RM500,000 manakala sumbangan saya adalah sebanyak RM100,000.

Lorong Anggerik, Kuang saya dapati adalah satu lokasi yang sesuai untuk mendirikan kilang jahitan kerana ia merupakan satu perkampungan di mana di kalangan penduduk di sini ramai yang terdiri dari surirumah. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak berhampiran di premis The Store Sungai Buloh, pusat perniagaan kawasan Kuang dan Bukit Rahman Putra dengan dikelilingi oleh pelbagai jenis taman perumahan dan terdapat beberapa buah kondominium dan melebihi 20 jenis perumahan berhampiran dengannya.

Dengan tahap persaingan yang sedikit dari pelbagai kedai jahitan pakaian sedia ada, saya yakin dapat bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang 80% daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan kerana saya menawarkan pakaian untuk ke pejabat dan biasanya yang membuat tempahan sebelum ini ialah dari kalangan penjawat awam seluruh sekitar Selangor. Saya juga mempunyai lebih 1000 orang pelanggan tetap di mana purata tempahan sebulan ialah 350 orang belum termasuk pelanggan yang menempah secara online.

Produk perkhidmatan saya yang lain antaranya baju kurung/baju kebaya (sulam manik, sulam tampal, sulam kerawang), tudung sulam manik/sulam kerrawang, baju melayu, seluar slack dan kemeja.

Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian saya mendapati bahawa permintaan perkhidmatan jahitan semakin meningkat terutamanya kepada golongan penjawat awam yang sibuk dan juga permintaan terhadapnya yang semakin memberangsangkan apatah lagi untuk perayaan Hari Raya dan Hari Guru berikutan taraf hidup penjawat awam yang semakin meningkat semenjak mendapat kenaikan gaji baru-baru ini.

Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan saya adalah cerah berdasarkan trend dan gaya hidup pelanggan yang mahukan keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang kemas, cepat, cekap dan efisien.

Saya berharap dengan bantuan CIMB ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang fesyen dan pakaian.

1.0              PENDAHULUAN

1.1              Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM500,000 dari CIMB bagi membiayai pembinaan kilang, pembelian peralatan, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusinganbagi pengoperasian kilang jahitan di Kuang.

2.0       PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN

2.1       Permohonan Pembiayaan

Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi keperluan kewangan seperti berikut:-

No.

Keperluan

RM

1

Mesin jahit biasa, mesin jahit tepi, mesin sulaman

170,000.00

2

Tanah

150,000.00

3

Bangunan kilang

200,000.00

4

Pembelian Stok – Kain, aksesori

2,000.00

5

Perbelanjaan pengurusan

5000.00

6

Perbelanjaan Pra-Operasi

10,000.00

7

Yuran Guaman

8,000.00

8

Modal Pusingan

140,000.00

9

Peralatan pejabat/kilang

100,000.00

Jumlah

500,000.00

2.2  Cadangan Struktur Pembiayaan

Sumbangan/Pembiayaan

%

RM

Pengusaha

- Deposit Belian Tanah, Yuran Guaman dan Stok Fabrik

20.00

100,000.00

Pinjaman CIMB

- Bangunan, Ubahsuai premis sedia ada, Pembelian Stok Dan Modal Pusingan

80.00

500,000.00

Jumlah

100.00

600,000.00

3.0  LATAR BELAKANG USAHAWAN

3.1              Butir-butir Peribadi Usahawan

Nama                           : Ahmad Izaney B Abd Kadir

No. K/P                       : 781004-02-5840 (Salinan K/P di LAMPIRAN 1)

Umur                           : 34 tahun

Tarikh Lahir                : 04 Oktober 1978

Taraf Perkahwinan      : Berkahwin

Warganegara               : Malaysia

Alamat Sekarang         : Lot 112B, Jalan Seri Indah 9B,

                                    :47000 Sungai, Buloh,

                                    :Selangor Darul Ehsan

Alamat Tetap              : Lot 112B, Jalan Seri Indah 9B,

                                    : 47000 Sungai, Buloh,

                                    : Selangor Darul Ehsan

Telefon                                    : bimbit:0193131906                                pej: 03-61567454  

Faks                             : 03-61562189

Pendidikan/Kemahiran/Kursus/Anugerah :

Tahun

Institusi

Kelulusan/ Anugerah

2004

Matshuyuki

Kursus penggunaan mesin jahitan

2005-2011

KEMAS

Kursus Jahitan baju kurung/melayu

2012

Mekar Sdn Bhd

Kursus Pemborong di Ghuangzou

Nota: Sijil-sijil dilampirkan di LAMPIRAN 1

Pengalaman Kerja/Perniagaan :

Tahun

Majikan/Perniagaan

Pengalaman

2006-2010

Perniagaan di rumah

Tukang Jahit

2010 - Sekarang

Kedai Fancy Apparel

Pengusaha Kedai

2012

Fancy Apparel.com

Pemilik

Jawatan Dalam Pertubuhan Sosial Dan Politik  :

Nama Pertubuhan

Jawatan Dipegang

Tempoh

JKKK Kampung Melayu Sungai Buloh

Bendahari

5 tahun

Jurubank :

Nama Dan Alamat Bank

Jenis & No. Akaun

Tarikh Dibuka

Alliance Band Berhad

Semasa

03/01/2006

Pendapatan Bersih :

Pendapatan

RM

Perbelanjaan

RM

Gaji Bersih

5,000

Belanja Sara hidup

1,000

Pendapatan Lain – Sewa Rumah

1,000

Kad kredit

200

Jumlah Pendapatan (A)

6,000

Jumlah Perbelanjaan (B)

1,200

Pendapatan Bersih (A) –(B)

4,800

Harta & Liabiliti :

Harta

Nilai Pasaran

RM

Liabiliti

Baki

Semasa

RM

Rumah teres

250,000

Kad kredit

5,000

Kereta

130,000

Jumlah Harta (A)

380,000

Jumlah Liabiliti (B)

5,000

Harta Bersih (A) –(B)

375,000

3.2              Butir-butir Rakan Kongsi

Nama                           : Sulia Binti Suhed

No. K/P                                   : 810824035068 (Salinan K/P di LAMPIRAN 3)

Tarikh Lahir                : 24 Ogos 1981

Warganegara               : Malaysia

Umur                           : 31 tahun

Alamat Sekarang         : Lot 112B, Jalan Seri Indah 9B,

                                    :47000 Sungai, Buloh,

                                    :Selangor Darul Ehsan

Alamat Tetap              : Lot 112B, Jalan Seri Indah 9B,

                                    : 47000 Sungai, Buloh,

                                    : Selangor Darul Ehsan

Telefon                                    : bimbit: 013-2384910  pej: 03-61567454  

Faks                             : 03-61562189

Pendidikan/Kemahiran/Kursus :

Tahun

Institusi

Kelulusan/ Anugerah

2004

Matshuyuki

Kursus penggunaan mesin jahitan

2005-2011

KEMAS

Kursus Jahitan baju kurung/melayu

2012

Mekar Sdn Bhd

Kursus Pemborong di Ghuangzou

Nota: Sijil-sijil dilampirkan di LAMPIRAN 2

Pengalaman Kerja/Perniagaan :

Tahun

Majikan/Perniagaan

Pengalaman

2006-2010

Perniagaan di rumah

Tukang Jahit

2010 - Sekarang

Kedai Fancy Apparel

Ini adalah lanjutan siri Rancangan Perniagaan yang telah ditulis sebelum ini secara umum. Bermula dari sini, saya akan cuba terangkan pula satu demi satu setiap bahagian yang ada di dalam rancangan perniagaan untuk memudahkan mereka yang mahu menyediakan rancangan perniagaan buat mendapatkan pinjaman atau suntikan dana.

Dalam setiap rancangan perniagaan, bahagian Ringkasan Eksekutif kita letakkan pada bahagian mula sekali selepas muka kulit setiap rancangan perniagaan kita.

Tetapi untuk menyediakan ringkasan eksekutif pula kita perlu menghabiskan terlebih dahulu keseluruhan rancangan perniagaan tersebut. Bermakna ringkasan eksekutif ini adalah bahagian paling akhir sekali yang kita sediakan dalam sesebuah rancangan perniagaan.

Isi kandungan ringkasan eksekutif

Perlu diingat bahawa ringkasan eksekutif mempunyai matlamat untuk membuatkan pembaca atau orang yang berkepentingan mendapatkan penjelasan awal terhadap racangan perniagaan kita.

Jika kita berjaya menyediakan ringkasan eksekutif yang menarik dan hebat, kemungkinan pembaca meneruskan untuk membuka lembaran di dalamnya bagi mengetahui secara lebih lanjut adalah tinggi. Itulah yang kita kehendaki.

Berikut adalah perkara-perkara yang kita perlu muatkan di dalam ringkasan eksekutif secara ringkas dan padat:

  1. Tujuan laporan disediakan – Perlu dinyatakan di sini apakah tujuan kita menyediakan rancangan perniagaan itu. Apakah ianya untuk mendapatkan suntikan modal tambahan atau untuk mendapatkan modal permulaan. Mungkin juga kita mahu mengajak pelabur atau rakan kongsi baru yang mempunyai wang atau kepakaran yang dapat membantu perniagaan kita.
  2. Ringkasan yang padat berkenaan:
    1. Perniagaan yang dijalankan – Nyatakan secara ringkas berkenaan perniagaan anda
    2. Usahawan atau diri anda sendiri – Terangkan secara ringkas berkenaan diri dan kelebihan anda
    3. Rakan kongsi, jika ada – Terangkan secara ringkas berkenaan rakan-rakan kongsi dan kelebihan yang mereka ada.
    4. Senarai pengurusan kanan syarikat – Terangkan dengan ringkas pengurusan kanan sayarikat serta pengalaman mereka.
  3. Produk atau perkhidmatan – Berikan maklumat yang ringkas dan padat berkenaan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan anda. Nyatakan kelebihan atau keunikannya.
  4. Strategi pemasaran – Berikan ringkasan menyentuh strategi pemasaran anda yang mampu menjayakan perniagaan tersebut.
  5. Kos projek – Nyatakan secara umum kos keseluruhan projek dan bagaimanakah anda mahu dapatkannya
  6. Prestasi kewangan – Berikan maklumat ringkas terhadap unjuran kewangan yang baka dijana oelh perniagaan tersebut.

Daripada rangka perkara yang perlu ada di dalam ringkasan eksekutif di atas, jelas bahawa anda hanya boleh dapatkan segala maklumat tersebut hanya setelah keseluruhan rancangan perniagaan anda disiapkan.

Selepas ini saya akan terangkan pula bagaimana menyediakan bahagian Maklumat Perniagaan di dalam sesebuah Rancangan Perniagaan anda.

Anda boleh juga membaca maklumat lanjut berkenaan ringkasan eksekutif daripada sumber gambar yang saya ambil di sini.

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *